Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Assalamualaikum & Hai!

Terima kasih kerana berkunjung ke KeretaPerodua.com! Tahukah anda jenama Shaklee sedang hangat di pasaran? Teruskan bacaan kerana saya akan dedahkan betapa Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan anda! Untuk makluman, Shaklee mempunyai banyak produk yang terdiri daripada 4 kategori iaitu Pemakanan Sihat, Penjagaan Berat Badan, Penjagaan Diri & Kecantikan dan Penjagaan Rumah yang semuanya menjurus kepada tujuan kesihatan.

Di sini saya hanya ingin kongsikan 4 sahaja vitamin Shaklee yang bagus untuk kesihatan kerana selebihnya anda boleh dapatkan maklumat lanjut beserta khidmat nasihat secara percuma daripada perunding kesihatan yang juga merupakan pengedar sah Shaklee yang akan saya senaraikan di akhir enrti ini. Sila pilih vitamin mana yang sesuai dengan anda dan berikan respon di ruangan komen!
 

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.
 

1- Vita-Lea® Iron Formula

vita-lea

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan Shakle dengan sains terbaik yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu;

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan Vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismakan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

 

Kelebihan Vita-Lea.

  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah.
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet Vita-Lea Shaklee disalut dengan serbuk nutrisi-spirulina.
  • Dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

 

2- B-Complex

b-complex

Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat anda.

B-Complex Shaklee menawarkan Vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis Vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konpepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

 

Kelebihan B-Complex Shaklee.

  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.

 

3- Sustained Release Vita-C™ Plus

vita-c-plus

Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian, Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C berterusan. Vita-C yang semulajadi ini membantu menyediakan Vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
 

Kelebihan Sustained Released Vita-C Plus Shaklee.

  • Membentuk kolagen dalam kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.

 

4- Vita-E Complex™

vita-e-complex
Vita-E Complex mengandungi Vitamin E asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi Vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan;

  • 400IU Vitamin E semulajadi dan 100mcg selenium.
  • Membantu dalam memelihara kesihatan yang bagus.

 

Kelebihan Vita-E Complex™

  • Awet muda.
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS.
  • Mengurangkan parut.
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita.
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat.
  • Merawat masalah keintiman.
  • Merawat masalah seksual lelaki.
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi.

Berdasarkan kelebihan-kelebihan yang saya senaraikan di atas ternyata Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan bagi sesiapa yang mengambilnya. Shaklee mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau. Saya sendiri adalah sebahagian daripada ribuan pelanggan Shaklee yang telah merasai keberkesanannya. Sebagai bukti anda boleh lihat coretan saya sebelum ini di laman Prokereta.com.
 

Kesimpulan

Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif. Tiada alasan untuk anda katakan tidak kepada produk Shaklee sekiranya anda amat mementingkan kesihatan! Kerana semua produk dan Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan di semua peringkat usia dan jantina. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Shaklee. Sudah ramai yang menggunakan produk Shaklee dan merasai kesannya.

Anda Bila Lagi?

Jadi, vitamin mana satukah pilihan anda? Sekarang keputusan di tangan anda! Dapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu: YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu), BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah), ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah), SihatVitamin (Seremban).

Oh Ya..Entri ini adalah penyertaan saya dalam Contest Bonus Akhir Tahun yang dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin KesihatanBlog Jawatan Kosong Kerja KerajaanJawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA OnlineKongsi Bersama NoraDunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.

Sumber dan info diperolehi daripada laman rasmi Shaklee di www.shaklee.com.my.

p/s: Mohon LIKE & SHARE post ini untuk informasi dan manfaat rakan² yang lain.

(3472) Views