Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

Hari ini buat pertama kali Perodua di laman rasmi facebooknya telah mendedahkan gambar bahagian belakang model baru tahun 2014 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Dengan status “Our future cars reduce fuel consumption and emissions without compromising driving performance” kelihatan bahagian belakang model baru berwarna merah yang bakal menggantikan pasaran Perodua Viva yang telah ditamatkan pengeluarannya baru-baru ini.

Tidak banyak yang dapat dilihat melainkan clear tail lights dipadankan dengan spoiler dan bumper belakang yang agak sporty. Gambar tidak menunjukkan sebarang nama tetapi khabar angin kuat mengatakan ianya akan diberi nama ‘Perodua Axia‘! Adakah benar?? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi oleh pihak Perodua nanti!

Perodua Axia
Kami di KeretaPerodua.com masih belum dapat memberikan info lanjut tentang ‘Perodua Axia‘ termasuklah harganya. 🙂

(1967) Views