eyeblaster_guru
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Perodua memperkenalkan satu pakej eksklusif untuk berterima kasih dan meraikan para pendidik berdedikasi negara bersempena dengan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Pakej tersebut yang dipanggil “Terima Kasih, Cikgu”, menawarkan rebat RM1,000, pelan insurans kemalangan peribadi bernilai RM20,000, serta kadar sewa beli kompetitif tinggi daripada sehingga serendah 2.7 peratus daripada bank-bank yang menyertainya.

Perodua dalam satu kenyataan berkata pakej itu bermula dari 16 Mei hingga 15 Nov dan sah bagi semua model Perodua, termasuk S series.

Ia berkata pakej itu terbuka kepada semua pendidik, daripada institusi pendidikan awam dan swasta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata: “Pakej ini merupakan cara bagi kami membalas budi wira yang tidak didendang masyarakat dan dedikasi tidak mementingkan diri sendiri mereka dalam mendidik anak-anak muda.

“Selain tawaran itu, pembeli awal yang menempah kenderaan mereka antara 16-31 Mei, layak mendapat kad hadiah petrol RM200.

“Bersama dengan servis percuma tiga tahun, kami percaya pakej ini menawarkan nilai terbaik untuk wang bagi keseluruhan pengalaman permotoran,” katanya.

Maklumat lebih lanjut boleh didapatkan dari mana-mana 186 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara atau di www.perodua.com.my.

— BERNAMA

(1690) Views