perodua-s-series
RAWANG 13 Mac – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) hari ini melancarkan varian terbaharu model Myvi, Viva dan Alza dengan reka bentuk lebih menarik serta peralatan dan aksesori tambahan.

Antara keistimewaan yang terdapat pada varian terbaharu itu yang kenali sebagai Perodua S-Series adalah stereng kuasa, pemain MP3 dan ketinggian kerusi pemandu yang boleh diubah suai pada varian Viva S.

Pelancaran varian itu yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena sambutan ulang tahun ke-20 syarikat tersebut.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, harga yang ditetapkan masih berpatutan walaupun terdapat penambahan peralatan dan aksesori kepada varian-varian tersebut.

Beliau berucap dalam Majlis Upacara Perletakan Batu Asas Kilang Baharu Perodua dan Pelancaran Varian S-Sries di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut menyempurnakan perletakan batu asas kilang baharu Perodua bernilai RM790 juta yang dijangka bakal beroperasi pada pertengahan tahun hadapan.

— BERNAMA

(924) Views