my-sikap

Sumber Grafik : Portal Rasmi JPJ

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan sistem komputer baharu mySIKAP di semua pejabat JPJ di seluruh negara mulai Jumaat.

Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad bekata sebagai langkah awal, JPJ negeri telah menampal notis pemberitahuan dan membuat hebahan dari semasa ke semasa kepada pelanggannya, termasuk melalui portal, facebook dan twitter jabatan mengenai perkara itu.

“JPJ juga membuka bilik gerakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya mulai hari ini untuk memantau isu-isu teknikal atau gangguan sistem semasa pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu beliau berharap pelanggan yang berurusan di semua pejabat JPJ dapat bersabar sekiranya berlaku sebarang gangguan urusniaga ketika pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini di semua pejabat JPJ seluruh negara mulai Jumaat.

Penggunaan sistem mySIKAP adalah hasil yang diperoleh daripada perintis pelaksanaan sistem komputer mySIKAP secara menyeluruh di JPJ Melaka dan Perlis pada 21 Okt hingga 28 Okt lepas.

Sumber : BERNAMA

P/S : Dari awal bulan oktober lagi ada beberapa gangguan terhadap pendaftaran kenderaan disebabkab oleh naik taraf sistem JPJ ini. Harap anda bersabar andainya kenderaan yang anda beli melalui kami agak lambat prosesnya. Info lanjut boleh layari portal rasmi JPJ di www.jpj.gov.my.

(1481) Views